Assalamualaikum wbt.. dan hai
Sebenarnya blog ni muncul pun disebabkan assignment untuk subjek sains komputer untuk program Asasi Sains Pertanian (ASPER) Universiti Putra Malaysia (UPM). Selepas menamatkan pengajian sebagai student ASPER selama setahun lebih kurang 3 bulan yang lalu, tibalah masa untuk melangkah ke peringkat seterusnya iaitu pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UPM.
So, sekarang tengah menunggu keputusan untuk course yang dipilih.. Sebelum tu, saya nak ceritakan serba sedikit tentang ASASI SAINS PERTANIAN UPM di mana selalunya calon2 SPM aliran sains kurang berminat untuk mohon.. Kenapa??? sebab adanya perkataan PERTANIAN tu. Pada mulanya saya pun tidak mahu memasukkan ASPER sebagai salah satu pilihan dalam UPU. Tapi selepas diberitahu oleh kaunselor tentang ASPER ni, saya pun letakkan sebagai pilihan utama.. Aik, pada mulanya tak nak, kenapa tiba-tiba letak sebagai pilihan pertama ?? SEBAB selepas saya survey beberapa blog ASPER, rupanya banyak yang kita tak tahu pasal ASPER ni...

ASPER? okay, firstly ASPER ni sebenarnya ada dua laluan... iaitu laluan pantas dan arus perdana. untuk laluan pantas kebanyakannya menggunakan result TRIAL SPM. Bagi arus perdana pula sama sahaja seperti mengisi UPU menggunakan result SPM sebenar. Apa Beza Laluan pantas dan Arus Perdana ni eh??? beza dia adalah jangka masa..dan pilihan course waktu nak sambung program ijazah sarjana muda/bacelor sebagai contoh pelajar laluan pantas tidak ditawarkan bacelor dokttor perubatan tetapi pelajar arus perdana ditawarkkan bacelor doktor perubatan, Contoh untuk jangka masa pula.. kalau laluan pantas mungkin masuk dalam hujung bulan NOVEMBER atau bulan DISEMBER sehingga bulan OGOS atau SEPTEMBER tahun seterusnya .. kalau arus perdana pula selalunya pada pertengahan bulan MEI sehingga MEI tahun seterusnya. Itu antara perbezaannya.

Next, apa KELEBIHAN ASPER ni ya?? pasti semua tertanya2 kenapa saya letak ASPER sebagai 1st choice sedangkan mula2 memang dah reject terus bila nampak perkataan PERTANIAN tu. Okay, sebabnya adalah.. bila kita masuk ASPER automatik kita sudah diberikan tempat dan kuota khas oleh pihak UPM untuk sambung DEGREE (IJAZAH SARJANA MUDA)/ BACELOR di kampus UPM. SO, lepas je setahun habis asasi,, kita tak perlu nak fikir masuk universiti mana lagi.. cuma tinggal kita perlu fikir COURSE yang kita nak je.. TAPI tak semestinya kita dapat course apa yang kita nak sebab semuanya bergantung dekat pointer kita nanti.Jadi, tak perlulah bersusah payah kita nak bersaing balik dalam UPU untuk pilih universiti dan course2 tertentu cuma perlu bersaing dengan pelajar ASPER sahaja. Oh ye, untuk pengetahuan semua.. Universiti Putra Malaysia menawarkan lebih kurang 40+ course dalam pelbagai bidang.





So, kepada adik-adik yang bercita-cita nak sambung program ijazah sarjana muda/bacelor yang tersenarai.. Jangan lupa masukkan Asasi Sains Pertanian UPM dalam pilihan UPU anda.
Sampai sini sahaja serba sedikit perkongsian saya.. in shaa allah lepas ni saya berkongsi pula kemudahan atau fasiliti yang ada di UPM dan kehidupan sebagai pelajar ASPER11 (=)).Di bawah ini saya sertakan salah satu gambar kenangan ketika saya di ASPERUPM

NOTA KAKI :
Tempoh pengajian adalah selama 3 Semester (Setahun) dengan menggunakan sukatan pelajaran Program Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia yang digubal berpandukan kepada sukatan pelajaran sains asasi institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara, matrikulasi dan sukatan pelajaran bagi STPM.
Pelajar perlu mengikuti program pengajian selama setahun dengan mengambil sebanyak 53 jam kredit yang merangkumi kursus Sains Asas ( Biologi, Kimia dan Fizik ), Matematik, Bahasa Inggeris, Sains Komputer serta kursus dalam bidang Pertanian. Setiap semester akan mengandungi enam (6) mata pelajaran dan setiap pelajar WAJIB LULUS semua mata pelajaran yang disediakan sepanjang pengajian.
Program ini akan dapat memberi asas pembelajaran yang kukuh kepada pelajar bagi mengikuti pembelajaran, terutamanya dalam bidang berasaskan pertanian dan sains di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini layak memasuki semua program pengajian yang ditawarkan oleh UPM.
Pelajar perlu mengikuti program pengajian selama setahun dengan mengambil sebanyak 53 jam kredit yang merangkumi kursus Sains Asas ( Biologi, Kimia dan Fizik ), Matematik, Bahasa Inggeris, Sains Komputer serta kursus dalam bidang Pertanian. Setiap semester akan mengandungi enam (6) mata pelajaran dan setiap pelajar WAJIB LULUS semua mata pelajaran yang disediakan sepanjang pengajian.
Program ini akan dapat memberi asas pembelajaran yang kukuh kepada pelajar bagi mengikuti pembelajaran, terutamanya dalam bidang berasaskan pertanian dan sains di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini layak memasuki semua program pengajian yang ditawarkan oleh UPM.
Assalamualaikum. Kalau cik aziah x keberatan, mohon hubungi saya melalui whatapps. Anak saya baru dapat result spm smlm. Alhamdullilah result ok. Ingat nak mohon asasi upm. Nak tanya opinion cik aziah. Ty
ReplyDeleteHehehe. Nak contact mcm mana, no tel x bagi yea.
ReplyDelete011-10748247
Assalamualaikum, kak aziah. Saya pelajar lepasan spm agak keliru dgn subjek matematik asasi. Adakah yg dipelajari matematik modern atau matematik tambahan? Tujuan saya bertanya kerana saya agak lemah dgn subjek matematik tambahan dan bimbang akan mempelajari matematik tambahan ketika di asasi nnti.
ReplyDeleteAssalam akak. Nk tnya macam mna dgn degree accounting dkt upm? Kan masa asasi tu mostly kita belajar subjek sains? So mcm basic acc xde utj degree atau lecturer akan ajar kita balik nnti??
ReplyDelete